Pemuda PAS Cabar UMNO Bertanding Sendiri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menggesa Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajidi agar menghentikan debat terbuka dan kembali ke meja rundingan berhubung isu penggunaan bendera BN, penyertaan BERSATU dalam Muafakat Nasional (MN) dan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, PN mahupun MN adalah manifestasi daripada rasa tidak puas hati rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) sehingga membawa kejatuhan kerajaan PH.

“Rata-rata rakyat berpuas hati dengan dengan pentadbiran kerajaan dibawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan suasana penularan Covid-19 rakyat tidak mahu mendengar cerita-cerita politik yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat, katanya dalam kenyataan media sosial facebook beliau.

“Isu utama rakyat perlu menjadi fokus, seperti kehilangan pekerjaan, pertumbuhan ekonomi yang membimbangkan dan pelbagai isu yang berlaku sepatutnya tidak timbul perbalahan yang tidak menguntungkan ini.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang mendokong kerajaan dibawah Tan Sri Muhyiddin kita tidak perlu berdebat secara terbuka, katanya lagi.

“Bawalah ke meja rundingan, tidak perlulah berdebat secara terbuka yang langsung tidak membawa faedah kepada rakyat. Ia menambahkan lagi tanda tanya dan kekusutan rakyat.

“Jika semua cenderung untuk berdebat secara terbuka, dan tidak mahu menggunakan meja rundingan, Pemuda PAS mencadangkan tidak perlu lagi rundingan dan semua tidak berpuas hati dipersilakan bertanding secara sendirian pada Pilihan Raya Umum akan datang, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat