Anwar arah Perbendaharaan tambah baik institusi pondok

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (Perbendaharaan) diarah mencari jalan bagi meningkatkan keupayaan institusi pondok, termasuk menambah baik kemudahan sedia ada dan kurikulum supaya selari dengan keperluan semasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi melahirkan pelajar pondok yang bukan sahaja mantap dalam ilmu agama, tetapi bersedia menghadapi cabaran dunia moden.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan usaha itu tidak akan menjejaskan sukatan pengajian agama secara tradisional, sebaliknya ia memperkasakan kurikulum dengan elemen baharu seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk ilmu teknologi serta kecerdasan buatan (AI).

“Kita tidak ganggu langsung sukatan dia (institusi pondok) tetapi masukkan beberapa elemen baharu termasuk teknologi TVET dan juga AI.

“Bukan mahu mengubah (itu tidak mungkin), tetapi memasukkan (TVET dan AI) bagi melengkapi sistem (institusi pondok) dengan tuntutan semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, lapor BH.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat