ANIH Aktifkan Laluan Kontra di LPT1

- Advertisement -

KUANTAN – Laluan kontra dari Kilometer (KM) 123.10 hingga KM 124.70 arah timur di Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1) diaktifkan selama tiga bulan bermula hari ini untuk kerja projek tebatan banjir.

Pengerusi Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pengaktifan laluan kontra itu dibuat bagi meminimumkan gangguan aliran trafik utama berikutan kerja dijalankan di lokasi berkenaan.

“Keputusan mengaktifkan laluan kontra dibuat susulan terdapat beberapa skop kerja kritikal perlu dilakukan di kawasan itu.

“Antaranya adalah kerja penambakan laluan utama dan sekitar, menaikkan tahap ketinggian laluan utama serta penambahbaikan menyeluruh laluan air sedia ada.

“Selain itu, kerja pembinaan saluran air yang baharu juga akan dilakukan di lokasi terbabit,” katanya melalui satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Nik Fauzi berkata, projek tebatan banjir itu dilaksanakan untuk menangani peningkatan paras sungai dan kawasan tadahan hujan yang sebelum ini mengakibatkan banjir di LPT1.

Katanya, skop kerja itu dibahagikan kepada 14 kawasan yang sudah dikenalpasti di sepanjang laluan utama lebuh raya berkenaan.

“Tahap keselamatan dan keselesaan pengguna menjadi keutamaan pihak ANIH Berhad, justeru pengaktifan laluan kontra adalah cara terbaik untuk mengurangkan gangguan trafik ketika projek itu dijalankan,” katanya lagi.

Nik Fauzi berkata, keseluruhan projek tebatan banjir itu dijangka mengambil masa selama empat tahun meliputi kerja menaikkan paras permukaan jalan sedia ada berdasarkan paras banjir tertinggi direkodkan di LPT1.

Projek itu juga membabitkan pembinaan selenggaraan tambahan di kawasan terjejas untuk mengelakkan air daripada masuk ke laluan utama.

Pengguna LPT1 boleh menghubungi talian kecemasan LPT – Line di 1-700-818-700 atau LLM di talian 1800-88-7752 bagi mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut berkaitan laluan kontra itu.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat