Rafizi Akan Bantu Sanusi Keluarkan Kedah Dari Kelompok Negeri Termiskin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan kini dalam usaha membincangkan hala tuju pembangunan Kedah bagi membantu negeri Jelapang Padi itu keluar dari kelompok antara negeri termiskin di Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan pelan pembangunan Kedah itu telah diperhalusi bersama Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Untuk bulan ini, saya telah bertemu Menteri Besar Kedah serta wakil kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan kerajaan negeri dalam Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMKe-12, 2021-2025.

“Saya ambil peluang membincangkan hala tuju serta pembangunan negeri serta bagaimana Kerajaan Perpaduan dapat membantu negeri Kedah keluar daripada kelompok antara negeri termiskin di Malaysia,” kata Rafizi dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu kata beliau lagi, dalam mesyuarat ke-16 anjuran Malaysia-Singapura Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM).

“Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk memulakan kajian terhadap penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dengan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengkaji dan menjayakan idea ini,” ujar beliau.

Manakala menurut Rafizi lagi, hasil mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil.3/2023 adalah untuk merangka satu perundangan khas bagi mengekang budaya Ali Baba di dalam kitaran ekonomi dan pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) sebagai strategi mengangkat ekonomi negara ke arah peneraju di dalam bidang tenaga boleh baharu di rantau ini.

Perkembangan lain, kata beliau hubungan diplomatik dan ekonomi dua negara juga terus dikukuhkan.

“Saya berpeluang bertemu Konsul Kehormat Republik Estonia di Malaysia, Kolonel (Bersara) Datuk Harbans Singh.

“Perbincangan kami menfokuskan kepada usaha dan komitmen kedua-dua pihak terutamanya dalam industri ekonomi digital dan pertanian moden,” jelas Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat