Bekas Menteri Akan Didakwa Esok Atas Tuduhan Seleweng RM1 Juta – Laporan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang bekas menteri yang juga Ahli Parlimen dijangka didakwa pagi esok di Mahkamah Sesyen Jalan Duta berhubung penyelewengan lebih RM1 juta milik sebuah parti politik dianggotainya.

Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka berdepan dua pertuduhan bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1.12 juta melibatkan wang milik parti politik. Beliau adalah bekas ketua Pemuda parti itu.

Beliau juga dijangka turut dituduh bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

Siasatan ke atas Ahli Parlimen itu dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi beliau dan ibu bapanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat