PH Lantik Syarikat Modal RM1 Urus Penstrukturan Tabung Haji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mendedahkan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menstruktur semula Lembaga Tabung Haji hanya mempunyai modal berbayar RM1.

Bekas Pengerusi Tabung Haji itu berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebetar tadi.

Menurut Azeez maklumat tersebut diperolehi hasil carian yang dilakukan melalui sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau seterusnya mempersoalkan keupayaan UJSB yang pernah menerima suntikan dana RM19.1 bilion untuk menyelesaikan masalah kewangan TH yang didakwa kononnya melibatkan nilai RM29 bilion.

“Setakat hari ini syarikat ini telah mengambil alih aset-aset ini sampai hari ini hanya membayar RM100 juta sahaja,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Azeez turut mendedahkan bahawa semua perabot dan peralatan elektrik di empat hotel milik TH yang dipindah milik kepada UJSB dijual pada harga RM10,000 sahaja.

Beliau mendakwa, kelulusan penjualan aset TH pada harga yang sangat rendah itu dinyatakan oleh seorang menteri PH secara bertulis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat