Al-Jazeera Tiada Lesen Penyiaran – FINAS-

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapati Al Jazeera International (M) Sdn. Bhd tidak mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dan tiada permohonan Surat Perakuan Penggambaran bagi dokumentari ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ .

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh FINAS, pihak mereka telah melakukan penyiasatan terperinci pada Al-Jazeera Internatioal (M) Sdn Bhd, berkaitan penerbitan satu dokumentari berjudul “look Up In Malaysia’s Lockdown” yang disiarkan dalam saluran media youtube, dan mendapati Al-Jazeera tidak mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dan tiada permohonan Surat Perakuan Penggambaran bagi penggambaran dokumentari tersebut.

Siasatan dilakukan dibawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) kerana menjalankan aktiviti perfileman iaitu menjalankan aktiviti pengeluaran filem dokumentari tanpa lesen yang sah dari FINAS.

FINAS  juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terhadap Al-Jazeera.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat