MAHB-BlackRock: Pembangkang usah jadi jaguh hasut rakyat – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap pembangkang yang lebih dilihat mahu menjadi jaguh politik menghasut rakyat dengan terus memainkan isu penyertaan syarikat asing dikaitkan dengan Israel dalam penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan hingga kini tetap tegas dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat dari Israel supaya beroperasi di negara ini.

Beliau berkata, bagi syarikat asing yang mempunyai kaitan atau kerjasama dengan negara Zionis itu, Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk membatalkan kehadiran mereka kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan ekonomi negara.

“Saya membuat keputusan batalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang operasi dari Israel. Baik, bagaimana syarikat (asing) yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel, tiada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkannya.

“Kita runding dulu dengan GIP (Global Infrastructure Partners). Akhir tahun lalu, BlackRock Inc (BlackRock) ambil alih. BlackRock ada operasi ataupun syarikat yang ada kepentingan BlackRock, yang beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, di seluruh negara dan di pasaran saham,” katanya memetik laporan BH.

Beliau mengulas demikian ketika ditemui media sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di Petaling Jaya.

Anwar menegaskan, kerajaan tidak mahu bertindak ke atas mana-mana syarikat asing yang didakwa mempunyai kaitan sokongannya dengan Israel, kerana langkah itu dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara.

“Sementara kita keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kita sedia berdepan dengan siapa saja.

“Tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara. Kalau syarikat itu syarikat dari Israel saya tetap tegas (tak benarkan operasi di Malaysia). Itu Yang saya nak jelaskan,” katanya.

Beliau juga terbuka dengan kritikan pembangkang berhubung isu syarikat asing ini, namun pada masa sama mereka harus bersama kerajaan dalam mencari penyelesaian terhadap konflik di Gaza.

“Ada yang kurang bersetuju, tak apa. Ada hak tak bersetuju. Tapi jangan jadikan ini wayang politik untuk menghasut. Bagi tahu saya apa lagi saya boleh buat untuk Gaza. Kalau ada cadangan nak buat apa lagi, boleh.

“Tapi janganlah gunakan ini, kerana orang yang beri lesen kebenaran untuk kapal Israel berlabuh (dulu), sekarang nak jadi jaguh. Saya Tak mahu ungkit benda lalu, sudah-sudahlah. Tapi saya harap kita bersatulah, boleh berbeza, itu soal lain.

“Di (Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Bakap bolehlah lawan, tetapi dalam soal Gaza ini, umat Islam di Malaysia bersatulah. Orang mati. Sakit dan kita cari jalan untuk menyelamatkan. Kalau nak apa yang disebut skor political point ini bukan tempatnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat