Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi (DT) Muafakat Nasional ( MN ) bersetuju melantik bekas ahli parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Menurut Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, pelantikan Noh Omar dan beberapa tokoh lain selaras dengan pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Selain Noh Omar, Datin Seri Dato’ Hajah Shamsiah M. Yassin, Ts Dr. Subash Chandrabose dan Chua Hock Kuan dilantik sebagai Naib Presiden.

Sementara itu, bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin dilantik sebagai ahli dewan tertinggi MN.

Antara tokoh lain yang dilantik ialah Dato’ Hj. Abd Muhaimin bin Hj Abd Rahman Nazri, Datuk Aris Shamsuddin, Prof. Dr. Md Nasir Bin Ibrahim, Tuan Haji Rafiei Mustapha, YM Tengku Ainifarihin Tengku Abdullah, Wong Siew Mun, Nurul Hana Zainal Baharin, Tuan Hj Mohd Anas Hj Sudin, Tuan Hj Yahya Ahmad, Julie binti Sabran, Iman Arif Saiful Bahari, Musa Sabri Ab Sattar, Faridzul Azlan Abd Shani, dan Mohd Fariz bin Abd Hadi.

Dalam pada itu, mesyuarat bersetuju menubuhkan  Jawatankuasa Perhubungan Negeri Perak yang di pengerusikan oleh YBhg Dr Nik Azli Arifin(Mantan Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk), kata Annuar Musa.

“Perlantikan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi Muafakat Nasional di peringkat Pusat serta Negeri
bagi memastikan objektif serta inisiatif MN dapat dilaksanakan dengan efektif demi memenuhi tuntutan perlembagaan dan piagam MN.” Katanya.

Menurut beliau lagi, mesyuarat bersetuju melaksanakan siri Dialog dengan lebih 500 badan dan pertubuhan yang membawa tema DIALOG TANAH AIR bertujuan berinteraksi secara pelbagai hala(multilateral) bagi mencari kata sepakat dan muafakat nasional dalam isu kepentingan negara dan rakyat,

Menyentuh isu semasa, Muafakat Nasional amat prihatin dengan pelbagai isu yang menghambat rakyat terutamanya kesempitan hidup rakyat yang semakin meruncing berpunca daripada kesan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat daripada kegagalan pihak berwajib untuk menangani isu ini dengan cekap berkesan .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat