PMO tamat awal kontrak Idris sebagai Pengerusi Felda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh ditamatkan perkhidmatannya lebih awal dari kontraknya sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 30 Jun ini.

Idris menyatakan pemakluman penamatan khidmatnya diberitahu oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Saya telah menerima keputusan dari pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan Pengerusi Felda berkuatkuasa pada 30 Jun 2023.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada pimpinan negara melantik pengganti yang lebih sesuai,” kata Idris dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Pun begitu, Idris tetap menghargai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah memberi peluang kepada beliau untuk mengemudi Felda.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjawat jawatan ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga peneroka, petugas-petugas di Felda dan semua yang telah memberi kerjasama kepada saya semasa saya berkhidmat di Felda.

“Saya doakan semoga Felda akan sentiasa terus berjaya di dalam keberkatan,” ujar beliau.

Idris yang juga bekas Menteri Pendidikan Tinggi daripada Umno telah dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Mei 2020 kemudian kontraknya disambung selama dua tahun pula berkuat kuasa Mei 2022 oleh pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kontrak khidmat Idris sebagai peneraju Felda sepatutnya tamat Mei 2024 namun ia dipercepat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat