Izzah lambang reformasi sarat luka dan air mata – Shamsul Iskandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sosok Nurul Izzah Anwar bukan sekadar calon Timbalan Presiden PKR tetapi beliau adalah lambang dan wajah awal gerakan reformasi yang sarat luka dan air mata.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan, ketika ramai seusianya masih mencari arah, Nurul Izzah sudah berdiri di barisan hadapan, memikul beban politik yang datang tanpa diminta ketika ayahandanya selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu dizalimi, ketika demokrasi negara disingkir dari landasan.

“Puteri Reformasi ini telah mengharungi segala: Diheret ke medan siasah bukan atas kemahuan peribadi, tetapi atas nama tanggungjawab dan warisan idealisme.

“Dari pentas GERAK 1998 ke Parlimen Lembah Pantai, dari ruang debat ke pentas antarabangsa, Nurul Izzah tidak pernah lari, tidak pernah gentar.

“Pengalaman beliau bukan sekadar panjang, tetapi penuh perit dan pengorbanan. Diserang kerana nama, diuji kerana prinsip. Namun beliau tetap berdiri dengan berani, berprinsip dan tidak pernah tunduk.

“Saya percaya dan yakin, inilah waktu untuk beliau melangkah ke hadapan sebagai Timbalan Presiden PKR,” katanya.

Menurut Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya itu lagi, parti PKR memerlukan kekuatan jiwa yang telah teruji dan Nurul Izzah telah membuktikannya.

“Nurul Izzah Anwar untuk Timbalan Presiden PKR,” seru beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat