Zahid harap Israel tak mungkir janji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersyukur pengumuman gencatan senjata Israel terhadap Palestin.

Beliau bagaimanapun berharap gencatan senjata itu dipatuhi Israel.

“Setinggi-tinggi syukur kepada Allah. Syukur Alhamdulillah.Rejim zionis Israel dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.

“Apa pun kita berharap gencatan senjata itu akan dipatuhi sepenuhnya oleh rejim zionis Israel.

“Sekaligus mengakhiri penderitaan dan kezaliman yang dialami penduduk Palestin,” catat beliau.

Persetujuan rejim Israel itu dibuat selepas lebih 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak terkorban dan 1,900 tercedera.

“Manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal dalam tempoh 11 hari kekejaman tentera rejim zionis.

“Perkembangan ini juga timbul selepas serangan balas roket dari Gaza dilaporkan kian meningkat.

“Kita terus berdoa Allah S.W.T melindungi keselamatan saudara-saudara kita di Palestin,” ucap Zahid. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat