Tenang, Waspada Dan Terus Patuhi SOP Nasihat Dr Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menasihatkan rakyat Malaysia agar bertenang, waspada dan terus mematuhi SOP ketika situasi pandemik Covid-19 yang kian menular di dalam komuniti sekarang.

Menurut beliau, pandemik Covid-19 boleh mendatangkan impak yang besar kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan penyakit mental yang sedia ada.

Jelasnya lagi, Kebelakangan ini, isu-isu kesihatan mental sering mendapat liputan dan dibangkitkan di media sosial dan media massa. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui tahun 2020 dan 2021 ini merupakan tahun yang sangat mencabar kepada rakyat Malaysia dan tidak dapat dinafikan rakyat terkesan secara psikologi dan emosi akibat daripada pandemik COVID-19.

“Ini ditunjukkan dengan statistik panggilan yang diterima oleh Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan secara Kerjasama KKM- Mercy MALAYSIA, dan juga talian helpline agensi kerjaan lain seperti Talian KASIH oleh KPWKM dan Talian KSK-Care oleh JAKIM di mana semenjak talian beroperasi daripada 25 Mac 2020 sehingga 20 Mei 2021, sejumlah 145,173 panggilan telah diterima di mana daripada jumlah tersebut, 85.5% melibatkan isu-isu berkaitan kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan, dan tingkah laku bunuh diri.

“Antara punca-punca yang dikenalpasti adalah hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan, konflik keluarga, masalah hubungan interpersonal, stigma dan kurang akses kepada perkhidmatan bantuan. Manakala data Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati dalam tempoh Januari hingga Disember 2020, sejumlah 1080 kes cubaan bunuh diri telah dilaporkan menerima rawatan di hospital KKMm” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, kata Adham Baba semenjak Januari 2020, KKM telah mengaktifkan pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) di peringkat negeri dan daerah bagi membantu memberi sokongan emosi kepada individu yang terkesan seperti pesakit COVID-19, individu yang menjalani kuarantin, petugas barisan hadapan, keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan COVID-19 dan kumpulan rentan dalam kalangan masyarakat umum.

Pasukan MHPSS ini terdiri daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Psikiatri, Pegawai Psikologi (Kaunseling dan Klinikal), Paramedik, Pegawai Sosial Perubatan dan Pegawai Pemulihan Carakerja serta individu terlatih dari Pertubuhan Bukan Kerajaan.

“KKM telah melaksanakan aktiviti-aktiviti sokongan psikososial di lapangan termasuk di Stesen-stesen Kuarantin dan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah saringan kesihatan mental, psiko-pendidikan melalui infografik yang disebarkan secara digital, Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid / PFA), kaunseling, rawatan dan konsultasi serta rujukan kepada pakar bagi kes yang memerlukan. Selain itu, pre-deployment briefing turut diberikan kepada petugas barisan hadapan sebagai persediaan mental sebelum mereka dimobilisasikan ke lapangan.

“Perkhidmatan kesihatan mental sedia ada di 4 buah institusi mental, 62 buah hospital KKM, 1161 buah klinik kesihatan dan 28 Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI) tetap diteruskan dalam keadaan pandemik ini dengan norma baharu,” ujarnya.

Menyedari masalah kesihatan mental yang dijangka berpanjangan, KKM telah mengambil inisiatif memperluaskan perkhidmatan kaunseling dengan menempatkan tambahan seramai 200 pegawai psikologi (kaunseling) kontrak untuk memberikan perkhidmatan kesihatan mental di daerah dan klinik kesihatan. KKM akan terus melaksanakan beberapa inisiatif untuk menangani permasalahan mental yang kian meningkat ini antaranya mempergiatkan advokasi Kempen Let’s TALK Minda Sihat dan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental bagi tempoh 5 tahun yang akan datang iaitu:

“Pertama, meningkatkan kebolehcapaian Perkhidmatan Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Penyalahgunaan Substans serta Alkohol melalui sistem digital dan teknologi terkini secara kolaborasi pintar bersama agensi kerajaan lain dan NGO contohnya virtual consultation dan tele-consultation;

“Kedua, meneruskan platform talian sokongan psikososial dan perkhidmatan konsultasi secara virtual serta menggunakan aplikasi digital dan media sosial sedia ada untuk mempromosikan kesihatan mental kepada kumpulan sasar,

“ketiga, memperluaskan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) serta meningkatkan liputan perkhidmatan kaunseling di peringkat daerah serta klinik kesihatan

“Keempat, mempertingkatkan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental melalui penambahan sebanyak 40 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) menjelang 2025 (buat masa ini ada 28 buah)

“Kelima, membangunkan Sistem Registri Bagi Kes Bunuh Diri DanKecederaan Fatal (NSFIRM) peringkat kebangsaan.

“keenam, bekerjasama dengan NGO bagi memberi latihan kepada pemberi khidmat kesihatan, kaunselor agensi, sukarelawan dan juga Caregivers,” katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat agar ‘bertenang’ dan ‘positif’ di dalam menghadapi situasi pandemik yang masih berterusan ini. Sentiasalah berhubung dengan ahli keluarga dan berkomunikasi secara maya bagi memberi sokongan emosi kepada mereka. Bantulah diri anda juga dengan mengamalkan cara-cara pengurusan stres yang baik dan komunikasi berkesan.

“KKM ingin mengajak masyarakat untuk sama sama memainkan peranan dalam usaha menangani COVID-19 dan permasalahan kesihatan mental negara agar dapat mencapai kesejahteraan mental secara menyeluruh” katanya lagi.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat