Nik Abduh Titip Ucapan Tahniah Kepada Najib Doakan Keputusan Mahkamah Jadi Kafarah Dosa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak atas kemenangan mempertahankan dirinya daripada segala pertuduhan di mahkamah.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berharap bekas Perdana Menteri itu tidak kecewa dalam perjuangannya.

“Pagi Jumaat penuh berkat ini, saya ingin ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib. Semoga Allah rahmati perjuangan Datuk Seri mempertahankan diri daripada segala pertuduhan di mahkamah.

“Jangan kecewa berjuang. Kecewa hanya untuk mereka yang melakukan kesalahan dan kekal di atasnya. Kelegaan dan kegembiraan adalah buat mereka yang bertaubat dan membaiki diri.

“Saya mengikuti sedari lama perjuangan mereka yang mempertahankan diri di mahkamah terutama orang-orang politik termasuk juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu,” katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.

Semalam, media melaporkan, kerajaan Malaysia gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, didakwa milik Najib dan UMNO.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.

Katanya, pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram iaitu Asisten Komisioner D. Rajagopal gagal menunjukkan wang itu harta curi, wang dipindahkan hasil daripada pecah amanah jenayah atau penipuan serta gagal menjelaskan bagaimana pecah amanah jenayah atau penipuan berlaku.

Menurut Nik Abduh, persamaan dihadapi Najib dan Anwar ialah mereka melawan Tun Dr. Mahathir Mohamad lalu diheret ke mahkamah tetapi dengan perbezaan pertuduhan.

“Semoga jadi kafarah daripada dosa. Itulah yang utama dalam setiap musibah. Muslim tidak pernah rugi selama dia yakin pada ketentuan Allah untuknya.

“Ini mahkamah dunia. Ada orang yang amat jahat tetapi tidak pun dihadapkan ke mahkamah. Allah menangguhkannya sehingga akhirat.

“Di sana, segalanya hanyalah penyesalan kecuali dengan bekalan taubat, keinsafan, ihsan dan rahmat daripada Tuhan Yang Maha Esa,” katanya sambal memberi semangat agar Najib teruskan berjuang.

Semalam, Najib Razak menzahirkan rasa syukur dan lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penolakan pemohonan kerajaan melucut hak wang tunai sebanyak RM114 juta yang disita dari Pavilion Residences pada tahun 2018.

Malah katanya, keputusan hari ini telah membersihkan nama serta reputasinya sebagai seorang individu dan pemimpin.

Najib memberitahu, pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadapnya selama ini akhirnya terbukti tidak lebih sekadar fitnah semata-mata apabila mahkamah sendiri mendapati wang sitaan itu bukanlah hasil aktiviti salah dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat