Keyakinan Tinggi Terhadap Malaysia Sebagai Destinasi Pameran Perniagaan – MyCEB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tahap keyakinan pempamer perniagaan antarabangsa dan pelancong di Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka kekal tinggi walaupun menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19, kata Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata pada tahun 2020, MyCEB telah memenangi bidaan untuk 60 acara yang akan dianjurkan sehingga tahun 2026 dan tahun ini dari bulan Januari hingga April, MyCEB telah mendapat 13 acara perniagaan memasuki Malaysia mulai tahun depan.

“Bagaimanapun, kami mahu melihat tahap tahap keyakinan ini berlanjutan dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan keberkesanan pelaksanaan program vaksinasi.

“Untuk meningkatkan kepercayaan peserta antarabangsa atau penganjur, kerajaan juga perlu memberi keutamaan kepada penggiat industri supaya diberi suntikan vaksin secepat mungkin,” katanya dalam sesi webinar hari ini yang bertema “COVID-19 Vaccines and Safe Business Events. Can it Work?”.

Acara itu dianjurkan Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS).

Abdul Khani berkata pemain industri juga harus bekerjasama supaya tidak membiarkan pandemik itu menghalang apa yang telah dicapai oleh industri berkenaan pada masa lalu kerana kebimbangan bahawa mereka tidak diberi vaksin akan memberi kesan negatif kepada industri pada masa depan.

Terdapat kira-kira 3.5 juta orang yang terlibat dalam industri tersebut termasuk syarikat penerbangan, ejen pelancongan, hotel, penganjur acara dan lokasi menyumbang sekitar 14.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jika kerajaan serius mahu membantu dan memberikan keyakinan kepada pelancong antarabangsa, mereka harus memastikan kumpulan ini harus diberi vaksin terlebih dahulu supaya kami dapat kembali menjalankan perniagaan dalam kebiasaan baharu.

“Ia telah dilakukan oleh beberapa negara seperti Emiriah Arab Bersatu yang telah melaksanakan vaksinasi kepada semua petugas barisan hadapan untuk memberi petunjuk jelas bahawa mereka mengambil berat terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

MyCEB telah mengutus surat dan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian yang berkaitan untuk mempertimbangkan bagi memberi keutamaan membolehkan industri melakukan persediaan dan merancang pelbagai program pada masa depan apabila keadaan kembali normal, katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat