PAS Sedia Jadi Orang Tengah Selesaikan Pertelingkahan UMNO, Bersatu

PASIR PUTEH – PAS bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik pertemuan yang boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh kedua-dua pihak terbabit.

“Tanpa mencari penyelesaian ke arah penyatuan itu kita bimbang akan menjejaskan kedudukan orang Melayu Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan banyak pihak tentang kedudukan kuasa orang Melayu di negara ini akan terjejas pada PRU15 berikutan kemelut yang timbul dalam kalangan parti-parti Melayu yang seakan tiada penghujungnya.

Nik Muhammad Zawawi berkata perselisihan antara UMNO dan Bersatu dapat diselesaikan jika kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan tanpa berasaskan kepentingan parti dan kepentingan diri.

“PAS akan terus berusaha untuk menyatupadukan umat Islam kerana ia menjadi agenda kedua agama Islam,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Bersatu Siasat Dakwaan Pemimpin, AJK Bahagian Di Johor Letak Jawatan

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...

Sambutan Jubli Intan UMNO di seluruh negara, SOP ketat

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO minggu lalu bersetuju untuk membenarkan sambutan Jubli Intan ke 75 tahun parti itu diadakan. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri...