104,400 Pekhidmat Rumah Tangga Bakal Dilindungi Di Bawah Perkeso – Saravanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluaskan perlindungan keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) kepada pekhidmat rumah tangga di seluruh negara menjelang Jun depan.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, inisiatif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bakal memanfaatkan seramai 104,400 pekhidmat rumah tangga yang merangkumi pengasuh, pembantu rumah, pekebun, pemandu peribadi serta tukang masak.

“Mengambil kira golongan tercicir ini, Perkeso memperluaskan akta ini kepada 104,400 pekerja (bakal) mendapat faedah merangkumi 15,000 orang berstatus warganegara Malaysia dan pemastautin tetap serta 89,400 pekerja asing mendapat faedah.

“Ini membolehkan pekhidmat rumah tangga mendapatkan manfaat perlindungan keselamatan sosial seperti golongan lain,” katanya.

Tambah Saravanan, golongan terbabit sebelum ini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Lebih malang jelasnya, bantuan tidak dapat diperluaskan kerana golongan itu tiada perlindungan jaringan keselamatan sosial.

“Seperti pemandu peribadi, tukang masak, penjaga anak dan sebagainya (mereka ini) tiada perlindungan jaringan keselamatan.

“Maka dengan akta ini diperluaskan, kita dapat membantu golongan penting, dan dijangka dapat dilaksanakan bermula 1 Jun 2021, selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Kita akan laksanakan dan kadar bayaran caruman oleh majikan dan pekerja mengikut kadar caruman semasa,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, dalam usaha menangani COVID-19 dan krisis ekonomi yang melanda negara ketika ini, Perkeso berjaya menyelamatkan 2.72 juta tenaga kerja serta 300,000 syarikat yang terkesan akibat wabak itu.

Malah ujarnya, tahun lalu Perkeso telah berjaya membayar faedah berjumlah RM4.25 billion berbanding RM4.2 billion pada tahun 2019 dan RM3.8 billion tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Iftar Perkeso 2021 di ibu negara pada Selasa.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Azizn Mohammed.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat