‘Terguna’ Duit RM1,000 Majikan, Lelaki Buat Laporan Palsu Disamun

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Tindakan seorang pembantu kedai makan yang membuat laporan palsu kononnya disamun empat lelaki di Jalan Permatang Tok Jaya pada pagi Selasa terbongkar ketika soal siasat dilakukan pegawai polis.

Difahamkan lelaki berusia 21 tahun itu mendakwa dia disamun empat lelaki yang menaiki motosikal dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mengikut laporan dibuat lelaki terbabit menceritakan kumpulan lelaki itu menahannya yang sedang menunggang motosikal bersendirian sebelum salah seorang meletakkan pisau di lehernya.

Menurutnya, mangsa melaporkan beg galasnya yang mengandungi wang tunai RM1,300 dan sebuah telefon bimbit dilarikan kumpulan berkenaan sebelum dia ke balai polis membuat laporan.

“Bagaimanapun, siasatan terperinci dan soal siasat yang dijalankan terhadap laporan pengadu mendapati kejadian samun yang diceritakan sebenarnya tidak wujud.

“Lelaki berkenaan mengaku yang dia terpaksa berbuat demikian kerana telah menggunakan duit majikannya sebanyak RM1,000 untuk kegunaan sendiri dan tidak mampu menggantikannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Noorzainy berkata, disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu polis bertindak menahannya dan akan direman untuk tindakan lanjut.

Katanya, individu yang didapati membuat laporan palsu boleh didakwa dan dihukum penjara sehingga enam bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat