Tun Mahathir Bakal Dipecat Dari Bersatu?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan bakal berdepan dengan tindakan di pecat dari parti itu kerana di anggap melanggar disiplin.

Menurut sumber parti itu, ia ekoran dari kenyataan Tun Mahathir yang memilih untuk duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini.

“Keputusan Tun Mahathir itu bermakna beliau sudah dianggap melanggar disiplin parti di mana sebelum ini Bersatu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan PH (Pakatan Harapan) untuk bersama-sama dengan PN (Perikatan Nasional) bagi membentuk kerajaan baru.

“Sehubungan itu, Lembaga Disiplin Bersatu yang dipengerusikan oleh Megat Najmuddin Megat Khas dijangka akan mencadangkan dalam waktu terdekat kepada parti agar tindakan disiplin diambil terhadap Tun Mahathir.

“Tindakannya mungkin dipecat atau digantung keahlian,” ujar sumber itu.

Semalam bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan kepada The Star berkata akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu.

Katanya, ini akan diputuskan oleh ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Bersatu di blok pemangkang akan menerima sesiapa yang dilantik sebagai ketua pembangkang. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat