Harga Minyak US Diparas Negatif, Pertama Kali Dalam Sejarah

- Advertisement -

Amerika Syarikat: Berikutan wabak Coronavirus yang menyaksikan permintaan minyak turun mendadak, harga minyak di Amerika Syarikat kini dilaporkan berada dibawah sifar (negatif) – buat pertama kali dalam sejarah.

Ini bermaksud, pengeluar minyak terpaksa membayar  pembeli untuk mengambil komoditi itu berikutan kebimbangan tiada tempat untuk menyimpannya pada bulan Mei nanti, lapor BBC

Permintaan untuk minyak merosot berikutan Perintah Lockdown yang dilaksanakan di hampir semua negara dalam dunia telah menyebabkan semua pengguna kenderaan terpaksa duduk di rumah.

Harga se-tong di pasaran West Texas Intermediate (WTI), tanda aras untuk minyak Amerika, jatuh serendah -$ 37.63 se-tong.

Kejatuhan teruk pada Isnin itu sebahagiannya  disebabkan masalah teknikal dalam harga minyak dunia. Minyak diniagakan berdasarkan harga hadapan dan kontrak hadapan Mei untuk minyak akan tamat pada Khamis. Peniaga cenderung untuk melepaskan pegangan (minyak) mereka bagi mengelakkan tanggungan kos yang tinggi untuk simpanan – BBC

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat