Dilabel liabiliti untuk Pas: “Belajar banyak sikit mai kenai dengan Sanusi”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta pemerhati politik, Dr Zaharuddin Sani Sabri mengemukakan data dan fakta berkaitan kenyataan mengatakan beliau sebagai satu liabiliti untuk Pas.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas itu juga berkata, bekas Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA) itu perlu berhenti daripada melontarkan isu picisan dan remeh seperti itu tanpa mengemukakan kajian mendalam berhubung situasi di Kedah ketika ini.

“Dia (Dr Zaharuddin) bercakap itu berdasarkan fakta apa? Tidak ada? Sandaran apa? Dia ada PHD? Kalau ada kena cakap berdasarkan data dan analisis.

“Kalau tidak ada semua itu, tidak payahlah melontar isu remeh, picisan. Kena belajar lagi, mai dok Kedah dua tiga hari tahulah, kenai Sanusi. Kalau dok KL (Kuala Lumpur) mana kenal kite,” katanya lapor Utusan di Alor Setar.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah antara PKNK dan SRM Utama Selambau Sdn Bhd bagi pembangunan Loji Tenaga Solar di Bandar Amanjaya, Sungai Petani.

Sanusi mengulas kenyataan bekas Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu yang berpandangan kedudukan Sanusi sebagai Menteri Besar dilihat agak rapuh selain didakwa menerima tekanan daripada Pas Pusat.

Menurut Dr Zaharuddin, berdasarkan senario berkenaan, Sanusi dilihat sebagai satu liabiliti kepada parti itu kerana kelantangannya, isu peribadi, tata kelola dan dakwaan gagal dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sanusi bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

“Kena tanya orang lain selain daripada saya, saya tidak tahu dan jangan tanya dia (Dr Zaharuddin). Belajar banyak sikit mai kenai dengan Sanusi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat