Wan Saiful dakwa dua MP buat kacau ganggu minta dia alih sokong kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa berhubung tindakan dua Ahli Parlimen yang didakwa membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.

Ahli PN-Tasek Gelugor itu menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan Datuk Azman dan Datuk Rahim.

Wan Saiful mendakwa dua ahli Parlimen bersama tiga individu itu membuat tawaran untuk memberikan peruntukan Parlimen, peruntukan projek bernilai RM2 juta, bayaran kos perubatan isteri beliau, kos guaman peruntukan di mahkamah dan ‘token’ yang tidak diyatakan nilainya serta pengguguran kes di mahkamah, lapor BH.

“Saya mengemukakan peraturan 80 (A) kerana sudah ada kes duluan pada 2009 membabitkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.

“Saya ingin mencadangkan dewan ini membuat ketetapan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas mengambil tindakan berdasarkan peraturan 80 (A) yang di baca bersama seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) bagi mengenal pasti, membicara, memutuskan menghukum beberapa individu yang membuat penawaran bagi mempengaruhi kelakukan saya dalam dewan ini,” katanya yang bangun mengemukakan peraturan mesyuarat itu sebaik selesai sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat