Aman Palestin gagal batal pembekuan 11 akaun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 11 akaun banknya sementara menunggu siasatan selesai.

Hakim Amarjeet Singh berkata, siasatan pengubahan wang haram tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

“Kuasa untuk mengeluarkan perintah pembekuan sebahagian daripada proses siasatan jenayah,” lapor FMT pada Khamis.

Tiada arahan mengenai kos.

Peguam Rafique Rashid Ali mewakili Aman Palestin, manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Irmawatie Daud mewakili SPRM.

Aman Palestin cuba membatalkan keputusan SPRM membekukan akaunnya atas alasan menyalahi undang-undang.

NGO itu mendakwa pegawai yang menandatangani perintah pembekuan itu tiada kuasa berbuat demikian.

Pada November tahun lalu, SPRM membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2023.

SPRM sebelum ini merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat