Art Fazil menerbitkan dua album serentak

- Advertisement -

Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon adalah dua buah album muzik yang sama tetapi tidak serupa. Kedua-dua album ini mempunyai lapan buah lagu dan bertemakan bulan Ramadan. Perbezaan pada album-album ini cumalah dari segi bahasa. Rembulan Ramadan dirakam di dalam Bahasa Melayu manakala album Ramadan Moon adalah versi Bahasa Inggerisnya.

Lagu-lagu di dalam dua album ini disusun untuk membawa pendengar melalui suatu perjalanan bulan Ramadan dengan lagu-lagu yang bersifatkan kerohanian. Diharapkan album ini akan menyemarakkan lagi persada muzik spiritual, sebagai suatu juadah halwa telinga untuk meraikan bulan Ramadan sama ada di dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Album versi Bahasa Inggeris, Ramadan Moon diharap dapat meraikan Ramadan kali ini bersama mereka yang tidak berbahasa Melayu, terutamanya di kalangan mualaf yang baru mahu mengenali Ramadan dan juga anakanak yang sedang mempelajari tentang Ramadhan.

Kedua-dua album yang berkonsepkan Ramadhan dan perjalanan Ramadan ini diakhiri dengan sebuah lagu berkenaan 1 Syawal di penghujungnya bagi melengkapkan pengalaman Ramadan.

Selain itu, istimewanya projek ini adalah ia merupakan album muzik pertama Art Fazil yang dihasilkan secara solo. Kali ini Art Fazil telah bereksperimentasi dengan memainkan se$ap peralatan muzik untuk setiap lagu di dalam album-album ini seorang diri.

Dari gitar akustikk ke gitar elektrik, gitar bass dan kesemua alatan gendang dimainkan oleh Art Fazil sendiri. Tidak berhenti di situ, Art Fazil turut mencabar kebolehan dirinya dengan mempelajari dan menggunakan AI (Artificial Intelligence) untuk menghasilkan videovideo muzik bagi lagu-lagu di dalam albumalbum ini.

Lagu-lagu Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon boleh di dapati di pelbagai applikasi muzik atas talian. Ikuti akaun media sosial Art Fazil – Instagram, TIKTOK, FACEBOOK DAN YouTube untuk video-video muzik AI bersiri yang akan dikeluarkan sejurus sebelum dan di sepanjang bulan Ramadan 1445.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat