CYBERJAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terkesima dengan penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai royalti dan peruntukan untuk Terengganu.
“Saya mendengar berulang kali penjelasan YAB PM mengenai hal berkait royalti dan peruntukan untuk Terengganu dan lain-lainnya.
“Saya terkesima.
“I was speechless and amazed,” kata Ahmad Samsuri menerusi kenyataan ringkasnya di Facebook, Sebentar tadi.
Terdahulu Anwar pada pagi tadi menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan meminggirkan Terengganu.
Sebaliknya Menteri Kewangan itu mengatakan bahawa pentadbirannya memberikan peruntukan yang lebih besar kepada negeri itu berbanding kerajaan sebelumnya.
Bercakap pada mesyuarat bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini, Anwar berkata, dana disalurkan terus kepada rakyat, tanpa mengambil kira pakatan politik mereka, bukannya kepada ahli Parlimen mana-mana kawasan.-SUARATV