Isham Jalil minta SPRM keluar notis pengisytiharan harta terhadap Farhash

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Belas Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT), Isham Jalil membuat laporan SPRM berkenaan kes Farhash Wafa Salvador dan pembelian saham syarikat Heitech Padu berkaitan kontrak kerajaan bernilai RM1 billion.

Menurutnya, dalam laporan itu, Isham meminta SPRM mengeluarkan notis pengisytiharan harta terhadap Farhash Wafa Salvador mengikut perkara 36(1)(a) Akta SPRM 2009.

“Saya baru keluar dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan telah membuat laporan SPRM petang ini selepas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pagi ini berkenaan kes Farhash Wafa Salvador dan pembelian saham syarikat Heitech Padu berkaitan kontrak kerajaan bernilai RM1 billion.

”Dalam laporan SPRM tersebut saya juga telah meminta supaya SPRM mengeluarkan notis pengisytiharan harta terhadap Farhash Wafa Salvador mengikut perkara 36(1)(a) Akta SPRM 2009.

”Saya minta supaya SPRM mengeluarkan notis pengisytiharan harta terhadap Farhash Wafa Salvador mengikut perkara 36(1)(a) Akta SPRM 2009,” kata Isham menerusi kenyataan Facebooknya.

Terdahulu pagi tadi, Isham Jalil meminta polis menyiasat Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian saham sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion.

Isham berkata, Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui syarikat pelaburan Rosetta Partners telah membeli saham syarikat Heitech Padu sebanyak 16.1 juta unit dianggarkan bernilai RM40 juta.

ujarnya lagi, siasatan perlu dijalankan disebabkan projek berkaitan menggunakan dana kerajaan atau dana awam yang besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat