Kekalkan keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama – Aaron

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan polemik perkauman dan menyentuh sensitiviti agama yang boleh menganggu gugat keharmonian serta perpaduan rakyat.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan demikian dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Rabu.

“Kita seharusnya sentiasa menghormati dan mendukung Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai ramuan perpaduan negara, sepatutnya menjadi panduan bagi pembinaan serta pemeliharaan keharmonian di Malaysia.

“Cita-cita dan prinsip-prinsip tersebut perlu dihayati dan dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan bersama dan membangunkan negara yang harmoni,” katanya.

Beliau turun berharap agar semua pihak dapat menyebarluas prinsip asas integrasi nasional iaitu Faham, Hormat dan Terima yang merupakan prinsip asas dalam memupuk keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.

Tambah Aron lagi, pihaknya bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sedang meneliti dan akan mengangkat cadangan ‘Piagam Harmoni’ yang mampu menjadi panduan untuk membina negara yang aman dan harmoni seterusnya menatijahkan kemakmuran seperti dihasratkan dalam konsep Malaysia Madani.

Justeru itu, beliau mengingatkan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam menyatakan sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan sedemikian boleh disabitkan atas kesalahan di bawah undang-undang mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

Beliau turut menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang melakukan kesalahan, ianya menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Marilah kita bersama-sama mewujudkan masyarakat yang aman, harmoni, dan bertoleransi di negara ini,” ujarnya lagi – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat