KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
Fahmi menerusi satu hantaran di X hari ini berharap semoga ahli keluarga mendiang tabah dan sabar atas pemergian Lee.
“Kali terakhir saya bertemu mendiang adalah ketika kembara RIUH! 2023 di Kuala Kubu Bharu,” katanya.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan berita pemergian Lee, 58, sambil menyifatkannya satu kehilangan besar kepada ramai, terutamanya penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili mendiang.
Pada Pilihan Raya Negeri Selangor yang lepas, Lee mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu bagi penggal ketiga sejak menang di kerusi itu pada 2013. – Bernama