vivo secara rasmi mengumumkan bahawa siri V terbaharunya – vivo V27 akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Mac 2023 ini. Dilengkapi dengan ciri unik seperti Potret Cahaya Aura dan Hijau Zamrud yang menukar warna, vivo V27 direka untuk menawarkan pengalaman pengguna yang hebat sambil kekal bergaya.
Menggunakan teknologi penukaran warna proprietari vivo, warna hijau Zamrud vivo V27 yang lebih terang akan berubah perlahan-lahan kepada hijau gelap yang elegan apabila terdedah kepada cahaya matahari. Hasilnya, pengguna boleh memiliki telefon dalam dua warna berbeza. vivo V27 juga tersedia dalam dua tawaran warna lain – Flowing Gold dan Noble Black.
vivo V27 juga menampilkan skrin melengkung 3D paling nipis dalam sejarah vivo, dan beratnya hanya 180g, yang menjadikan peranti ini ringan dan selesa untuk dibawa.
Dari 16 hingga 31 Mac 2023, pelanggan yang berminat dengan vivo V27 kini boleh membuat prapesanan untuk peranti mereka dan berpeluang memenangi hadiah misteri. Untuk menyertai, hanya tempah peranti dengan membuat deposit RM100, di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi vivo V27. Pemenang pra-pesanan akan diumumkan di halaman Facebook rasmi vivo Malaysia mengikut tarikh di bawah:
Hadiah: Tarikh Pengumuman:
Hadiah utama: 1x vivo V27 (8GB+256GB) 31 Mac 2023
Hadiah kedua: 6x Vivo Sports Wireless Earphones 27 Mac 2023
Hadiah ketiga: 8x Joyong Braising Beaker 27 Mac 2023
Untuk maklumat lanjut, ikuti Halaman Facebook Page.