Berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan di Resorts World Genting

- Advertisement -

Genting Highlands, 6 March 2023Resort World Genting mengalu-alukan sahabat handai dan seisi keluarga untuk meraikan Ramadan ini dengan pengalaman inspirasi gastronomi 6,000 kaki dari paras laut!

Tahun ini tempat peranginan ini fokus untuk mengembalikan nostalgia hidangan klasik Melayu,yang sentiasa memikat cita rasa orang ramai sejak dulu lagi. Justeru itu, bagi yang tercari-carikan hidangan menarik dan memukau untuk berbuka puasa di bulan mulia Ramadhan ini, ‘Jom Makan @ Awana’, ‘Jom Makan @ SkyAvenue’, ‘Medan Selera’, dan lain-lain menjadi lokasi sempurna untuk anda menikmatinya!

Tapi apa yang istimewa di sana? Ketahui lebih lanjut di bawah.

 

Jom Makan Awana @ Resorts World Awana

Ini adalah tempat yang sesuai untuk berehat di malam Ramadhan anda dengan hidangan bufet Ramadhan yang kami hasilkan dengan teliti. Di samping pembuka selera yang sangat lazat, anda boleh menikmati gabungan ‘Kambing Bakar,’ ‘Sup Aneka,’ ‘Rendang Tok’ yang lazat dan bermutu tinggi, dan banyak lagi! Dilengkapi dengan pelbagai jenis minuman yang menyegarkan, anda pasti akan berpuas hati dan berasa segar sepanjang Ramadhan!

Bufet berharga RM128 (Dewasa) dan RM70 (Kanak-kanak) dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam.

Hubungi +603 6436 9000 atau e-mel kami di awanaf&[email protected] untuk menempah tempat duduk anda sebelum 30 Mac 2023 untuk menikmati harga early bird pada RM98 (Dewasa) dan RM60 (Kanak-kanak).

Jom Makan @ Tingkat 4, SkyAvenue

Untuk menikmati hidangan kulinari yang tiada tandingannya, ‘Set Nasi Tomato’ di Jom Makan kini akan menjadi set tambahan yang utama dan menarik, khas untuk Ramadhan ini. Para pengunjung dapat menikmati hidangan yang bersaiz besar yang dilengkapi dengan kurma dan seketul ayam berperisa tradisional seperti ‘Ayam Masak Merah,’ ‘Ayam Goreng Berempah’ atau ‘Ayam Panggang Madu’ serta segelas minuman yang menyegarkan.

Anda boleh menikmatinya dengan hanya RM32 sahaja bagi setiap orang. Set ini akan tersedia setiap hari bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam.

Medan Selera @ Tingkat G, SkyAvenue

Pastikan anda singgah di Medan Selera untuk menikmati hidangan ‘Setalam Ramadhan’ apabila berada di pusat membeli-belah kami! Seperti namanya yang unik, hidangan ini merangkumi pelbagai juadah tradisional Melayu seperti ‘Tilapia Bakar dengan Sambal’, ‘Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi’, ‘Kerabu Selun’, dan banyak lagi yang disajikan di atas dulang  – untuk menggamit memori masakan Melayu asli.

Hidangan ini cukup sempurna dengan kombinasi warna-warni serta rasa yang membuka selera anda. Hidangan ini dilengkapkan dengan segelas ‘Teh Lemon Ais’ dan pencuci mulut yang menyegarkan!

Set untuk 2 orang ini boleh didapati dengan harga RM59 bagi setiap set, bermula dari jam 5:00 petang hingga 9:00 malam setiap hari.

Rangkaian F&B lain kami yang turut menawarkan hidangan istimewa bulanan disenaraikan di bawah:

The Olive @ Lobi, Genting Grand

Nikmati pengalaman kulinari yang penuh inspirasi pada bulan Mac dan April ini! Chef kami akan menghidangkan set makanan istimewa yang merangkumi tradisi Melayu tercinta dari seluruh Malaysia, seperti ‘Nasi Tomato’ dengan ‘Ayam Masak Merah’, ‘Jelatah Timun’, ‘Papadom’, ‘Dalcha Kambing’ dan minuman yang menyegarkan. Sebagai alternatif, tetamu juga boleh memilih hidangan istimewa kami yang kedua iaitu ‘Nasi Minyak’. Hidangan ini disertakan dengan ‘Ayam Percik’, ‘Acar Timun’, ‘Dalcha Kambing’ serta minuman lazat yang akan menghilangkan dahaga anda!

Semua set berharga RM68, dan boleh didapati setiap hari dari 23 Mac hingga 30 April, jam 5:00 petang hingga 11:00 malam.

The Bakery @ Lobi, Genting Grand

Pelanggan boleh singgah ke The Bakery dan menikmati “Probably the BEST Nasi Lemak” di Genting jika mereka mencari sesuatu yang lebih ringan. Makanan yang dianggap sebagai hidangan kebangsaan Malaysia ini akan turut disajikan dengan ‘buah kurma’, ‘air Sirap Bandung’ dan hanya berharga RM20! Ia boleh didapati dari 23 Mac hingga 30 April. Dilengkapi dengan nasi santan istimewa, sambal dan ikan bilis goreng garing, pengunjung pastinya akan mempunyai pilihan hidangan pedas dalam cuaca sejuk ini!

Selain itu, anda juga boleh memilih hidangan ‘Kombo Bihun Bungkus’ yang turut disertakan dengan ‘air Sirap Bandung’ dan ‘ buah kurma.’

The Junction @ Lobi, Hotel First World

Jika anda kerap mengelilingi Hotel First World, maka anda pasti tidak akan melepaskan ‘Grab & Go Meal!’ kami yang menarik dari 23 Mac hingga 21 April, The Junction akan menawarkan pelbagai pilihan hidangan lazat setiap hari dari hanya RM22 bersih! Sama ada anda ingin menjamah ‘Ayam Percik’ kami atau menyiram nasi anda dengan ‘Kari Daging’ berkrim, kami sediakan pilihan ini untuk anda. Berikut adalah beberapa hidangan yang boleh anda cuba!

‘Set Nasi Hujan Panas Kari Daging,’ ‘Set Nasi Tomato,’ ‘Set Nasi Briyani,’ ‘Set Nasi Ayam Percik’ dan ‘Set Murtabak,’ semuanya didatangkan dengan kuih Melayu, buah kurma dan minuman.

Selain itu, resort kami yang lain juga mengadakan promosi bufet Ramadhan mereka sendiri!

Restoran Kampong @ Resorts World Kijal

Resorts World Kijal telah melancarkan menu baharu yang menyelerakan sempena Ramadhan, dan tetamu boleh menjangkakan pelbagai gabungan sempurna kegemaran seperti ‘Kambing Bakar,’ ‘Sup Anika,’ ‘Rendang Tok’ dan banyak lagi! Dengan perisa yang lengkap dan keseimbangan bahan-bahan tempatan yang diolah dengan mahir pasti memaksimumkan rasa dan keinginan yang luar biasa. Jadi, sama ada anda berada di sini untuk menikmati Iftar yang indah bersendirian, bersama orang tersayang atau dalam atas urusan kerja, terdapat lebih banyak sebab untuk singgah sekarang!

Tersedia dari 23 Mac hingga 20 April, 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga RM119 (Dewasa) dan RM59 (Kanak-kanak). Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi 09-864 1188 atau e-mel kami di [email protected]

Salt Shack Bistro @ Resorts World Langkawi

Tahun ini, tetamu Resorts World Langkawi akan dapat menikmati “Tasty Iftar Set Dinner” yang terdiri daripada makanan tradisional Melayu seperti ‘Ulam Kampung,’ ‘Sambal Udang,’ ‘Ayam Paprik,’ ‘Sup Ekor dengan Kentang’ dan banyak lagi! Jangan lepaskan kemuncak utama bufet kami iaitu stesen daging segar kami yang akan menyediakan hidangan anda mengikut keinginan selera anda sendiri!

Jadi, mari bawa keluarga anda dengan Iftar terbaik sekarang dari 25 Mac hingga 20 April, dengan hanya RM80 bersih untuk 4 orang! Tersedia setiap Isnin hingga Rabu, jam 6:00 petang hingga 10:00 malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-556 5340 / 019-446 4511.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat