“Kini Umno Adalah Zahid Dan Zahid Adalah Umno”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan Umno penggal 2023-2026 dilihat telah memberikan sepenuhnya gelanggang kepada Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguasai parti.

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar malah melabelkan Zahid sebagai “maharaja Umno” buat masa ini.

“Umno kini adalah parti Zahid Hamidi, Zahid adalah Umno dan Umno adalah Zahid.

“Tahniah Wak (Zahid), kamu adalah maharaja Umno kini, buat masa inilah,” kata Khairy dalam siaran podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan pada Selasa.

Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan Umno turut senada dengan Khairy, kata beliau secara ringkasnya suka tidak suka realiti pada pemilihan Umno kali ini membuktikan bahawa Zahid dan juga pengaruhnya telah menguasai parti.

Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan keputusan Naib Presiden Umno, Khairy berpandangan perwakilan Umno di seluruh negara tidaklah memberi muka 100 peratus kepada calon dalam ‘cai’ yang disenaraikan Zahid.

“Saya difahamkan bahawa cai daripada Presiden ini adalah Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Azalina Othman Said dan yang lain tidak ada dalam cai.

“Datuk Seri Johari Ghani dilihat sebagai seorang calon neutral, walaupun dia kritis terhadap Presiden, dia tidak dilihat sebagai calon yang menentang arus seperti Datuk Seri Hasni Mohammad dan juga Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Johari bukan identiti rebel yang rapat dengan kita dan sahabat-sahabat kita, Johari neutral.

“Perwakilan tak bagi Wak (Zahid) semua, kalau tak bagi Azalina juga tapi azalina mungkin malangnya kerana faktor jantina. Maksudnya perwakilan tak bagi Wak semua 100 peratus naib presiden, dia bagi dua seorang lagi neutral iaitu Johari,” ulas bekas Menteri Kesihatan itu lagi.

Pun begitu, menurut Khairy walaupun kelihatan Zahid menguasai parti tapi tidaklah menguasai segala-galanya.

Kata beliau, pemilihan Umno dengan PRU15 dijarakkan dengan sengaja.

“Segala kemarahan ahli Umno kepada pucuk pimpinan Umno dan juga terhadap Presiden telah pun reda.

“Suhu politik dalam Umno telah turun bila dah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada menteri-menteri daripada Umno.

“Maka ramai yang tak berani dan tidak menentang arus dan perkara ini menjadi gelanggang presiden,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat