PN Tolak Kemasukan Pejuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) ditolak.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti Pejuang Tanahair ke Perikatan Nasional.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional pada 20 Mac 2023 telah dipengerusikan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau, dan semua wakil parti-parti anggota.

“Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti Pejuang ke Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Hamzah juga menyatakan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional juga membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.

“Manakala menggunakan lambang parti PAS di Kelantan serta Terengganu.

“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” katanya.

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional juga mengumumkan pelantikan-pelantikan berikut:

-Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional.

-Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Sabah.

– Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan.

Mohamad Siddiq Mohd Azani dan Muhd Khidir Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif Perikatan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat