Majoriti MKT Umno Kini Penyokong Tegar Bossku

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengaruh dan kekuatan Datuk Seri Najib Razak yang kini dalam penjara masih membekas malah berpengaruh dalam barisan muka baharu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, majoriti ahli MKT yang menang dalam pemilihan Umno kali ini terdiri daripada penyokong tegar bekas Perdana Menteri itu.

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang kuat tetapi kalau kita tengok kepada in details ya kepada contoh MKT ini, saya nampak ramai yang sebenarnya adalah penyokong tegar Bossku, Datuk Seri Najib.

“Macam saya kata jangan pandang ringan suara di belakang… suara di sebalik prison bar suara yang ada dalam penjara sekarang.

“Dan pengaruh suara itu yang menentukan Umno masa depan Umno,” tegas Khairy yang bekas Ketua Pemuda Umno dalam siaran podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan pada Selasa.

Malah menurut Khairy, cerita Bossku belum habis lagi.

“Selepas kekalahan BN pada 2018, kita tahu Bossku is not finished.

“Bossku is the forced to be reckoned with,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat