Pejuang Dukacita Ditolak PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berdukacita permohonan menyertai Perikatan Nasional (PN) ditolak.

Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN.

“Pejuang telah dimaklumkan bahawa permohonan ini telah ditolak.

“Adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN,” kata Amiruddin dalam kenyataan pada Selasa.

Pun begitu tegasnya, Pejuang akan sentiasa kekal dalam arena politik negara untuk mempertahan Rule of Law dan membawa amanat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

“Dengan itu, Pejuang akan terus menggerakkan jentera di kawasan-kawasan tertentu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat