15 Parlimen tawar Anwar bertanding

- Advertisement -

SEBERANG PERAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat sehingga 15 kawasan Parlimen yang mahukan beliau bertanding untuk kawasan mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, ini termasuklah kubu kuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini iaitu Pagoh.

“Masih terlalu awal tapi saya akan pertimbangkan (semua permintaan tersebut),” katanya ketika ditanya mengenai desakan segelintir penyokongnya yang mahu melihat Presiden PKR itu kembali bertanding di Permatang Pauh.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengadakan pertemuan santai bersama penyokongnya pada program Sembang Santai dan Hi Tea Bersama DSAI di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Anwar turut mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa perbincangan kerjasama antara PKR dan UMNO seperti yang didakwanya sebelum ini tidak lebih daripada pertemuan di peringkat ‘kedai kopi’ sahaja.

“Soal perbincangan ini tidak membabitkan semua (pemimpin).

“Ia hanya akan jadi rasmi bila contohnya kita (PKR) hantar lima wakil dan dia (UMNO) pun hantar lima (wakil). Jadi, itu di peringkat awal lagilah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau akan berkunjung ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertemu Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki minggu depan.

Katanya, pertemuan itu bagi membawa suara PKR dalam menyatakan sokongan terhadap badan professional itu daripada terus menjadi ‘senjata politik’ sesetengah pihak ketika ini.

 

_K! ONLINE_

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat