Bukit Aman ambil alih siasatan menteri rentas negeri

SEPANG – Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan mengambil alih siasatan terhadap dakwaan beberapa menteri melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rentas negeri untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Seremban, Negeri Sembilan, 14 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan atau Cawangan D5 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mencadangkan supaya siasatan dibuat pihak D5 Bukit Aman atau pihak polis daerah lokasi majlis itu berlangsung.

“Cadangan dari D5 IPK, USJT Bukit Aman ambil alih dan buka kertas siasatan atau daerah (lokasi majlis berlangsung) buat siasatan sendiri,” katanya.

Semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi tujuan memulakan siasatan dan mengambil keterangan  penganjur.

Terdahulu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 16 Mac disusuli laporan polis di lPD Sepang.

Dalam laporan tersebut menyebut kehadiran beberapa menteri di majlis perkahwinan anak perempuan Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias di Seremban pada 14 Mac lalu.

Menteri yang dinyatakan Muda termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad; Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said.

 

– K! ONLINE-

 

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...