Gajah liar ‘curi’ makan di gerai buah

- Advertisement -

 

KOTA TINGGI – Seekor gajah liar muncul mencari makanan di deretan gerai di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Simpang Perani di sini hari ini.

Tular di media sosial menunjukkan kelibat mamalia itu kira-kira pukul 10 malam sebelum ‘mencuri’ makan di salah sebuah gerai berkenaan.

Menerusi beberapa rakaman video, orang ramai cuba menghalau gajah berkenaan dengan membaling mercun serta membunyikan hon kenderaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban menegaskan orang ramai supaya tidak membuat provikasi terhadap gajah berkenaan.

“Tindakan provokasi gajah dengan membunyikan hon berterusan dan membaling mercun boleh mendatangkan kemarahan pada gajah.

“Orang ramai dinasihatkan agar menjauhi tempat tersebut sehingga pihak Perhilitan datang untuk ambil tindakan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kawasan deretan kedai itu merupakan antara laluan kumpulan Gajah Panti yang mempunyai 30 hingga 40 ekor kawanan.

 

_K! ONLINE_

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat