Bersatu tubuh Pasukan Petugas Khas susun semula bahagian dan sayap parti

KUALA LUMPUR, — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang melaksanakan proses penyusunan semula bahagian dan sayap parti yang terlibat susulan peletakan jawatan beberapa ketua bahagian dan ahli jawatankuasa, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan organisasi parti berjalan lancar serta memperkukuhkan struktur kepimpinan di semua peringkat.

Bagi tujuan itu, satu Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden parti, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula akan bertindak sebagai sekretariat kepada pasukan tersebut.

Muhyiddin berkata, Ketua-Ketua Badan Pimpinan Negeri telah diarahkan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang terlibat dalam proses penyusunan semula tersebut.

“Penyusunan semula ini akan melibatkan pemangkuan jawatan Ketua Bahagian atau pembentukan jawatankuasa bahagian yang baharu mengikut perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa sayap-sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan juga akan disusun semula melalui pelantikan pemangku atau pembentukan jawatankuasa baharu.

Muhyiddin menegaskan BERSATU mempunyai barisan pelapis serta ahli-ahli aktif di setiap bahagian yang bersedia memikul tanggungjawab untuk memperkukuhkan parti.

“Saya yakin ramai ahli BERSATU yang setia dengan perjuangan parti akan tampil ke hadapan untuk menggalas amanah ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan komitmen Bersatu terhadap perjuangan Perikatan Nasional kekal utuh.

Sehubungan itu, Muhyiddin memaklumkan beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 22 Februari ini yang dijadualkan membincangkan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional serta perkara-perkara lain berkaitan pengukuhan gabungan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat