Farhan serah borang pencalonan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin sah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau menyerahkan borang pencalonan Naib Ketua Pemuda UMNO di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Auditorium UMNO, di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.

Kata Farhan, ini adalah masa yang sesuai untuk membuat perubahan dan dilihat berubah, masa untuk kita melihat kehadapan, membina kekuatan dan menempuh ketidak ketentuan.

“Menyedari akan pentingnya Pergerakan Pemuda UMNO dibawa dengan hala tuju yang tepat dan segar, saya, Farhan Khairuddin, dengan penuh rasa insaf dan rendah diri menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

“Dengan izin Allah jua, dengan restu ibu dan ayah, dengan dokongan semua, saya akan mewakafkan masa dan tenaga saya untuk wadah UMNO ini. Semoganya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi sayap yang teguh setia berjuang demi parti keramat ini.” kata Farhan menerusi Facebooknya.

Selain Farhan, Ikmal Hazlan Ikhmal Hisham juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti, bulan depan.

Ikmal Hazlan adalah anak kepada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah daripada Perikatan Nasional (PN). -SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat