Beri kerjasama kepada mahkamah, usah salahkan Zahid – Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mahkamah, usah menyalahkan orang lain dan membuat tuduhan semberono, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Razlan Rafii kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum itu mendakwa pendakwaan rasuah ke atas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan didalangi oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mungkin apa yang mereka lakukan sewaktu mengugut pemimpin Umno sebelum dikenakan pertuduhan dijadikan sebab untuk membuat tuduhan sembrono seperti ini.

“Pengundi PRU semua nampak jelas sogokan dan permainan duit sewaktu PRU yang lepas, duit bertaburan merasuah pengundi, budak bermotor diberi RM100 hingga RM200 setiap hari, angkat sumpah untuk mendapat duit sogokan kerana undi Perikatan Nasioanl (PN).

“Adakah duit ini turun dari langit? Beri kerjasama kepada mahkamah. Jangan menyalahkan orang lain,” bidas Razlan.

Muhyiddin selaku Pengerusi PN hari ini menyatakan rasa kesal dan sedihnya susulan pendakwaan rasuah ke atas Wan Saiful dan seorang lagi pemimpin.

Malah, bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa pendakwaan yang dibuat terhadap Bersatu itu didalangi oleh Presiden Umno.

“Saya rasa sedih kerana buat pertama kali Bersatu dibawa ke mahkamah.

“Kalau saudari ingat apa kenyataan yang dikeluarkan Presiden Umno (Ahmad Zahid), dia kata sekarang ini dia tuduh kami kluster mahkamah dan selepas ini akan adalah satu kluster baru, mahkamah juga.

“Itu dah macam satu perkara yang dah awal-awal pendakwaan.

“Jadi, apa yang berlaku adalah satu perkara yang saya fikir sebagai presiden Bersatu yang dirancang dan terancang,” kata pengerusi PN itu ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu, seterusnya menjelaskan bahawa setiap parti memerlukan dana untuk beroperasi dan ini termasuk dana daripada penyokong korporat.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga telah menerima dana daripada penyokong masing-masing dan mempersoalkan mengapa pemimpin mereka tidak didakwa di mahkamah.

”Mengapa saya katakan pendakwaan terpilih ialah kerana parti-parti politik dalam kerajaan yang terutamanya PH dan BN juga menerima sumbangan daripada ahli-ahli perniagaan ataupun sumbangan orang ramai tertentu.

“Tetapi pemimpin parti mereka ini tidak pun didakwa di mahkamah dan pendakwaan terpilih ini berlaku ketika kerajaan PH dan BN dilihat semakin gagal,” katanya.

Menurut Muhyiddin, Bersatu juga telah menjangkakan pendakwaan tersebut dilakukan oleh kerajaan PH-BN yang bertujuan untuk melumpuhkan Bersatu selepas melihat sokongan rakyat kepada PN pada PRU15 lalu.

“Pendakwaan terpilih ini berlaku ketika kerajaan PH dan BN dilihat semakin gagal menyelesaikan masalah rakyat.

“Mereka bakal ditolak dalam pilihan raya di enam buah negeri yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi,” katanya.

Tambah Muhyiddin, memandangkan tindakan pendakwaan terpilih telah diambil terhadap beberapa pemimpin Bersatu, dia yakin bahawa pembelaan yang sewajarnya dan seadilnya akan ditegakkan di mahkamah.

“Manakala mahkamah rakyat pula akan menghukum PH-BN di atas niat jahat mereka melakukan pendakwaan terpilih secara berterusan terhadap lawan politik mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat