PT3: KPM belum buat keputusan

- Advertisement -

 KUALA LUMPUR -Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi sesi 2022,” kata
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Ujar beliau pihaknya masih sedang meneliti pendekatan sesuai berhubung pelaksanaan PT3 tersebut dengan mengambil kira tahap penguasaan murid dan indikasi daripada sesi persekolahan 2021 yang masih berlangsung.

“Kita belum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan PT3. Ini harus jelas. Belum ada sebarang keputusan rasmi oleh pihak KPM berkaitan dengan PT3.

“Justeru, kementerian sedang meneliti apakah pendekatan atau indikasi paling sesuai berkaitan PT3 ini dengan mengambil kira tahap penguasaan pelajar di sekolah,”katanya sidang media selepas Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA di Dewan Perdana Putrajaya International Convention Centre (PICC), di sini pada Isnin.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung pemakluman pelaksanaan PT3 yang akan diadakan semula pada Oktober hingga November tahun ini selepas ditangguhkan pada 2020 dan 2021 susulan ancaman pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat