“Ada hati lagi Bapa Lockdown Malaysia nak jadi penasihat ekonomi Johor” – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kemampuan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara terbuka menawarkan diri sebagai penasihat ekonomi Johor jika Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Soal Najib, selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adakah kerja Muhyiddin sudah mencapai kejayaan?

“Demi nak kekalkan kuasa, seluruh Malaysia dikurung dan diseksa mereka manakala kilang-kilang besar dan tapak pembinaan yang merupakan penyumbang utama kes Covid masa itu dibenarkan beroperasi pula. Langsung tak masuk akal.

“Tapi dia ada hati lagi Bapa Lockdown Malaysia seorang ini nak jadi penasihat ekonomi Johor jika PN menang PRN?

“Kerja pengerusi MPN dah sukses ke belum? Soal Ahli Parlimen Pekan itu di Facebooknya pada Isnin.

Baru-baru ini Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menawarkan diri untuk menjadi penasihat ekonomi negeri ini sekiranya dapat membentuk kerajaan nanti.

Presiden BERSATU itu berkata, pihaknya mempunyai agenda besar supaya Johor menjadi negeri paling cemerlang, gemilang dan rakyatnya menjadi maju, disegani serta dihormati.

Najib juga mendakwa selain seorang pengkhianat bersiri, rekod dia ialah ramai rakyat bunuh diri, terpaksa naik bendera putih untuk surrender.

“Rekod dia juga ialah pertumbuhan ekonomi Malaysia serta pelaburan asing terjatuh ke paling teruk di ASEAN walaupun dia mengaku telah menghabiskan RM600 bilion dana negara dalam masa yang singkat setelah dia melaksanakan darurat dengan PKP separuh masak antara paling panjang tempohnya di dunia supaya dia tidak ditumbangkan dalam parlimen yang digantungnya (akhirnya tumbang juga sebaik sahaja Parlimen dibuka).

“Slogan dia pula ialah “Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19” namun lagi dilaksanakan darurat lagi tinggi kadar kes dan kematian Covid berbanding jumlah penduduk sehingga menjadi paling tinggi dalam dunia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat