3 Nota Cinta penuh konflik, dugaan

- Advertisement -

AKIBAT sering menjadi mangsa kemarahan ibu dan ditinggalkan bapa tanpa khabar berita sehingga memaksa ibunya menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga, keluarga Alisa hancur.

Sikap ibunya juga berubah secara drastik lalu mengongkong kehidupan dia dan adik-beradiknya yang belum berkahwin.

Hubungan ibu dengan datuk dan neneknya juga menjadi tegang apabila ibunya menganggap merekalah punca utama suaminya bertindak meninggalkannya.

Datuknya kemudian disahkan menghidap penyakit Alzheimer, namun Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden.

Bagaimanapun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya.

Satu hari, Alisa membawa datuk dan neneknya ke kedai makan dan terjumpa lelaki bernama Zain yang cuba ingin mendekatinya, namun dihalang oleh ibunya yang beranggapan perkahwinan hanya akan membawa penderitaan.

Selepas pujuk rayu neneknya, Alisa bakal disatukan dengan Zain berwalikan bapanya yang dicari datuk dan neneknya.

Kehadiran bapanya di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan ibunya sehingga terjadinya insiden datuknya terpaksa dikejar ke hospital.

Ayah Zain pula tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka.

Malahan, pertelingkahan besar sehingga menyebabkan kejadian aib dan kekecohan di hadapan tetamu yang hadir juga terjadi di antara Zain, ayahnya dan Alisa.

Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa selepas mereka bergelar suami isteri.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 3 Nota Cinta bermula 14 Februari 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam menerusi slot Akasia di TV3.

Drama bersiri 14 episod yang menggandingkan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose ini diterbitkan oleh Orangetree Production, diarahkan oleh Emi Suffian, nukilan skrip oleh Amin Shakib, Ib Nawawi, Adib Zaini, Nana Khalil dan Azril Hamzah.

Ia turut menampilkan pelakon popular Malaysia seperti Afifah Nasir, Wani Kayrie, Muaz Fitri, Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid dan ramai lagi.

3 Nota Cinta turut boleh ditonton menerusi perkhidmatan penstriman iQiyi yang akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia.

Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store.

Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama 3 Nota Cinta yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini satu jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok iaitu @iQiyiMalaysia!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat