BN Akan Kemukakan 30 Peratus Calon Muka Baharu Dalam PRN Johor – Hasni

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor akan mengemukakan sekurang-kurangnya 30 peratus calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac depan.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, langkah itu diharap dapat memperkuatkan peluang gabungan itu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, BN juga akan mengumumkan 56 calonnya bagi menghadapi PRN Johor pada Khamis ini.

“Kita sudah peringkat akhir memuktamadkan calon untuk PRN Johor. Kita ada muka baharu yang ramai termasuk calon muda di bawah 40 tahun. Sekurang-kurang 30 peratus calon kita nanti akan menampilkan golongan muka baharu.

“Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat memperkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti.

“Senarai penuh calon akan diumumkan 24 Februari ini (Khamis),” katanya pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

Pada 28 Januari lalu, UMNO dan BN Johor dilaporkan akan melakukan perubahan termasuk mengemukakan calon muda seperti kemahuan masyarakat dan akar umbinya.

Hasni dilaporkan berkata, calon parti akan mengambil kira keperluan semasa termasuk pertambahan pengundi baharu susulan pelaksanaan secara automatik Undi18.

BN turut dilaporkan akan mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Johor dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon, 26 Februari ini. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat