Wajah Vanessa ‘hiasi’ New York Times Square

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye, kini wajah penyanyi Vanessa Reynauld, 21, pula terpampang di papan iklan digital tersohor, Times Square, New York, Amerika Syarikat, semalam.

Vanessa menjadi artis kelima dari Malaysia yang fotonya dipaparkan di papan iklan digital gergasi itu. Ia adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.

Cukup teruja dimaklumkan wajah terpampang di papan gergasi yang menjadi idaman itu berkata, Vanessa berkata, perasaannya lebih seronok jika dapat melihat sendiri depan mata.

“Saya terharu menjadi sebahagian daripada kempen itu. Segala penat lelah terbayar dan bangga dengan diri sendiri.

“Saya tidak peduli apa orang lain hendak bercakap pasal saya. Apa yang lebih penting, fokus dan kejar impian diingini,” katanya kepada BH Online.

Biarpun sentiasa ceria dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, gadis berasal dari Klang, Selangor itu sebenarnya menyimpan rahsia yang tidak diketahui ramai.

Naib juara program realiti, The Masked Singer Malaysia (TMSM) itu mendedahkan, dia menjadi mangsa buli hanya disebabkan rambutnya yang unik.

“Orang nampak saya selalu tersenyum dan yakin atas pentas, tetapi, sebenarnya ada sisi kehidupan saya yang orang tak tahu.

“Sebenarnya disebabkan rambut, saya sering diejek sehingga sampai satu tahap pernah rasa takut dan trauma ke sekolah.

“Antara kutukan paling teruk pernah diterima apabila ada yang menyamakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu.

“Sehingga kini, saya masih menerima kecaman mengenai penampilan, tetapi, tidaklah seburuk dahulu. Ini kerana saya sudah pandai menyesuaikan gaya rambut dengan gaya,” katanya.

 

Vanessa mendedahkan menjadi mangsa buli ketika sekolah hanya disebabkan memiliki rambut kerinting yang unik. - Foto IG Vanessa Reynauld
Vanessa mendedahkan menjadi mangsa buli ketika sekolah hanya disebabkan memiliki rambut kerinting yang unik. – Foto IG Vanessa Reynauld

 

Bagaimanapun, Vanessa berkata, segala kutukan tidak menjadi kudis buatnya, sebaliknya menjadi bertambah kuat.

Bagi penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqiu itu, keluarga menjadi sumber kekuatan terutama abangnya yang menghidap sindrom down.

“Keluarga adalah kekuatan saya. Malah, saya berjanji memberikan mereka kehidupan lebih selesa terutama abang, Christopher.

“Dia adalah cinta hati keluarga kami, meskipun abang tidak sempurna, tetapi Christopher membuatkan saya rasa sempurna pada matanya.

“Saya menanam impian menjadi penyanyi disegani kerana ingin membahagiakan abang. Saya tidak kisah terpaksa berdepan laluan berliku sebelum sampai ke tahap diinginkan.

“Walaupun pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi, saya akur nama belum cukup kuat. Tidak mengapa, saya tidak kecewa dan tak akan membiarkan komen negatif melemahkan saya,” katanya.

Sebagai peniup semangat, Vaneesa yang pernah menyertai program Ceria Popstar musim ketiga pada 2015 bakal muncul dengan single baharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari ini.

Single diterbitkan oleh Adib Hussin, ciptaan Faizal Tahir bersama Mage adalah dedikasi Vanessa khas untuk Christopher.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat