Beri tumpuan pada kesihatan mental, Janna Nick perlahankan kerjaya seni

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Menginjak usia 27 tahun, pelakon dan pengacara popular, Janna Nick merancang untuk memperlahankan kerjaya seninya bagi memberi keutamaan terhadap kesihatan mentalnya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, kerjaya sebagai pelakon membataskan dirinya untuk mengambil ubat anti kemurungan yang disarankan doktor secara konsisten.

“Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan ini yang mana membuatkan saya kurang beremosi. Jadi, saya berhenti mengambilnya seketika kerana perlu menjiwai watak lakonan.

“Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Jadi, hal itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya saya mengambil ubat berkenaan.

“Jadi, saya memilih untuk memperlahankan kerjaya seni dengan bergerak aktif di belakang tabir contohnya di bangku pengarah dan mewujudkan pengurusan artis di bawah jenama saya sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Janna, kesungguhan mahu menunaikan tanggungjawab di lokasi penggambaran, dia sanggup mengelak untuk mengambil pil anti kemurungan yang dibekalkan doktor.

Terdahulu, pada April tahun lalu, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu membuat pendedahan mengejutkan mengenai masalah gangguan bipolar yang dihidapinya.

Gangguan mental yang dialami itu juga hampir meragut nyawa apabila Janna pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.

“Saya tahu ada pihak yang menganggap perkara ini sebagai bahan jenaka atau sekadar ‘content’, namun penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.

“Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, saya menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk membuat penilaian tersendiri. Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada melayan komen nakal netizen,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat