“Tahniah Rakanku!” Ucapan Barack Obama Kepada Biden

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS ke-46.

Ucapan itu dizahirkan menerusi akaun rasmi Twitter Obama @BarackObama dan disertakan gambar kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam gambar tersebut, Barack Obama dilihat memegang bahu Biden dari belakang dengan kapsyen, “Tahniah kepada rakanku, Presiden @JoeBiden! Ini adalah masa anda.”

Setakat jam 12 tengah malam waktu Malaysia, gambar tersebut telah menerima lebih 100 ribu retweet dengan lebih 700 ribu likes.

Tanggal 21 Januari 2021 menjadi tarikh yang bersejarah buat dunia apabila negara Uncle Sam itu menyaksikan pelantikan Joe Biden daripada parti demokrat sebagai Presiden AS ke-46 di Washington pada Rabu.

Selain Biden, Amerika Syarikat turut melakar sejarah apabila menerima Naib Presiden wanita pertama, Kamala Harris – Astro Awani

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Penunjuk Perasaan Antikerajaan Kembali Ke Jalanan, Ingkar Perintah baharu Larangan Perhimpunan Awam

BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan kembali turun ke jalanan pada Sabtu sekali gus mengingkari perintah baharu yang melarang perhimpunan awam di Bangkok dan...

Covid-19: Kes Global Kembali Meningkat

MOSCOW: Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Lebih 2.6 juta...

Bakal jemaah haji wajib divaksin arahan Arab Saudi

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini. Menteri Kesihatannya Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata ia merupakan antara...