Datuk, Rakan Serang Pelanggan Didakwa Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan didakwa di mahkamah, esok.

Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya dekat sini, pada jam 9 pagi atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata kertas siasatan kes dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri hari ini dengan beberapa cadangan pertuduhan daripada pihak polis.

“Pertuduhan dipersetujui untuk kesalahan jenayah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan suatu mudarat awam.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kedua-duanya ditahan pada 14 Januari lalu selepas seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga mangsa serangan dalam kejadian itu tampil membuat laporan polis.

Satu rakaman video menunjukkan kekecohan di sebuah restoran di Tropicana Avenue membabitkan kejadian itu, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, sebelum ini dilaporkan berkata, suspek dan rakannya dipercayai dalam keadaan mabuk membuat bising dalam restoran.

Suspek dikatakan berang selepas ditegur seorang pelanggan supaya tidak membuat bising dan menyerang mangsa serta pasangannya.

Kedua-dua suspek ditahan pada 14 Januari lalu dan direman dua hari untuk membantu siasatan – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat