Penjaja, Peniaga Harap Kerajaan Johor Pertimbang Bantuan Insentif

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri agar mempertimbangkan pemberian bantuan insentif ‘one-off’ kepada lebih ramai peniaga di negeri itu, yang terjejas perniagaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Setiausahanya Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri Johor kerana sebelum ini telah memberi insentif seumpama itu kepada peniaga, namun mendakwa masih terdapat segelintir penjaja dan peniaga kecil di negeri itu, masih terkecuali daripada menerima bantuan.

“Pemberian ini hanya diberikan kepada penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar tani yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan seluruh negeri Johor sahaja, sementara golongan peniaga seperti peniaga trak makanan, penjaja sementara, tepi jalan dan sebagainya, terkecuali dari menerima insentif ini sedangkan mereka ini mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Persatuan itu berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula insentif itu, dengan memberikan bantuan insentif kepada semua golongan penjaja dan peniaga kecil yang tercicir itu, dengan syarat mereka mempunyai lesen sah daripada PBT.

Mohammad Salezan juga berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian pelepasan sewaan premis, diskaun elektrik, serta meminta bank-bank komersil agar memudahkan proses pinjaman dan obligasi pembayaran semula pinjaman, bagi meringankan beban peniaga yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Mohammad Salezan juga berkata PBT perlu menyatakan notis bertulis lebih awal kepada penjaja dan peniaga mengenai waktu operasi dan jenis perniagaan yang dibenarkan, dalam tempoh PKP 2.0 bagi mengelak peniaga daripada menanggung kerugian.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat