Joe Biden Angkat Sumpah Presiden Amerika Syarikat Ke-46

- Advertisement -

WASHINGTON: Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.

Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).

Dalam Pilihan Raya AS pada November lalu, Biden dilaporkan telah menang 306 undi elektoral dan lebih 77 juta undi berbanding Trump yang hanya memperoleh 232 undi elektoral dengan 72 juta undi.

Majlis angkat sumpah Presiden AS yang ke-59 ini dilakukan dengan penuh bersejarah, selain menyaksikan ia dilakukan dengan keadaan norma baharu ketika penularan pandemik COVID-19.

Ia juga membawa keunikan apabila Naib Presiden, Kamala Harris turut diangkat sebagai wanita berkulit hitam yang pertama mengangkat sumpah di Capitol Hill.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat